Rabu, 9 Jun 2010

ku tuliskan puisi buatmu

Seandainya suatu hari nanti kau gapai bahagia
kau kekalkan bahagia itu
kau ikat kuat agar tidak terlerai
mencari bahagia amat mudah mengekalkannya
belum pasti andainya suatu masa nanti
kau bahagia renunglah langit pijaklah
bumi katakan syukur pada TUHAN
kerana kau diciptakan dan merasa kehidupan

suatu hari nanti andainya tiada kau ketemu
diri ini lagi simpan ini sebagai kenangan
aku akan mendoakan agar kau bahagia
dan dilimpahi rahmat oleh-NYA

sedarlah mentari sudah diufuk timur
tiada gunanya kau kejar senja nan merah
tiada kekal padamu nanti ketinggalan
hanya membawa pada kegagalan
andai kau kecewa ubatlah jiwamu......

Apa guna dikejar cinta dunia

sedang akhirat kekal ABADI!!!

NOR ZARAI RAMLI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan