Khamis, 10 Jun 2010

uNtAIn raSA


Haruskah sepi hadir dalam diri
andainya kasih tak bermukim
dalam hidup bersama bilah-bilah
kenangan silam menjeruk rasa
dalam suka duka bersama
sedang ianya kian luntur
membentuk warna pudar
malap tiada seri tawa
ibarat bahtera tanpa kemudi
di samudera luas tiada tepi
dalam kehidupan insan
yang berpangkal tiada penghujung
melainkan maut menjemput tiba!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan