Khamis, 10 Jun 2010
uNtAIn raSA
Pertemuan
Rabu, 9 Jun 2010
sebuah nama
JAI
SEBUAH NAMA SEBARIS AYAT
PENUH KETENANGAN PENUH PENGERTIAN
CINTAMU LUHUR HATIMU SUCI
TANPAMU SEPILAH DUNIAKU
JAI
KIRI DAN KANANKU KINI ADA
DIRIMU...
ANDAINYA SUATU SAAT KITA
TERPISAH KENANGILAH AKU INSAN
YANG MENYAYANGIMU NAMUN MENYAKITIMU
ANDAINYA KAU HADIR LAGI KE DESTINASI
INI PUSARA CINTA KITA KAU TABURI
BUNGA KENANGAN AGAR TIADA DENDAM
DIHATIMU PADA INSAN KERDIL INI
JAI
SEBUAH NAMA SEBUAH SENYUMAN
BUAT AKU RINDU PADA SEMUA
YANG KITA LALUI BERSAMA
AKAN KU PAHAT DALAM MEMORIKU
KERNA KAU INSAN YG PERNAH
BERTAKHTA DI HATIKU...........
Salam ingatan tulus ikhlas
ku tuliskan puisi buatmu
Apa guna dikejar cinta dunia
sedang akhirat kekal ABADI!!!
NOR ZARAI RAMLI
Selasa, 8 Jun 2010
LENA YANG PANJANG
Bila sayang hadir
Semua indah belaka
Bak dunia milik kita
Bila kecundang hingga akhirnya
Lukanya tak tinggalkan parut
Namun sakitnya hanya TUHAN yg tahu
Ingin ku bina hidup ini
Berjaya dan bahagia tanpa kasih sayang
Mampukah diriku???
Sedangkan hati merintih kesunyian
Namun tatkala ku mendengar
Alunan suci al-quran
dan azan berkumandang
menyedarkan aku dr lena yang panjang
Kita hanya khalifah di muka bumi ini
Hidup hanyalah satu persinggahan&perjuangan
Sedarlah wahai umat
Apa guna dikejar cinta dunia
sedang akhirat kekal ABADI!!!
INSAN TERLUKA
Mengapa???
Adakah aku masih mengharap
Kau kembali ke sisi..
Sedangkan jauh disudut hatiku
Ku ingin kau merasa bahagia
Kerna dia adalah cinta sucimu...
Aku sedar,ku hanya menumpang kasih
Disaat hatimu bergelora
Inginkan cinta dan kasih
Hanya aku...
Buta menilai sanggup berkorban
Sedangkan engkau egoist
Entah ku tak kenal siapa dirimu
Hipokrit atau materialistik
Apa yang engkau lakukan
Adakah semua ini lakonan semata
Untuk menggapai keinginanmu...
Walau kau tahu..
Pasti ada insan kan terluka....
Jumaat, 4 Jun 2010
Sebuah pengertian abadi
sekaliku menyayangimu
akanku semadikan
jauh dilubuk hati ini
agar suatu ketika nanti
kau akan mengerti
walaupun dirimu tiada disisi
namun jauh disudut hatiku
aku tetap menyayangimu buat selamanya
ketahuilah dirimu amat bermakna
dalam hidup ini..
hidup tidak selalu disimbah cahaya keceriaan,tp wlu sukar atau payah sekalipun dugaan hidup menimpa kita mesti menempuhnya dgn tabah utk menjadi seorang yg matang.hidup ini kadangkala tiada huraian tangisan dan ratapan kecewa bukanlah jawapan bagi menyelesaikan masalah.hidup ini harus mesti diteruskan jua walau tiada huraian tiada guna menyesali perkarayg berlaku,what is done,is done right?apa yg penting ialah PANDANG KE HADAPAN TOWARDS A BETTER AND BRIGHT FUTURE.
NO TURNING BACK GO AHEAD DONT OVER SERIOUSLY YOUR LIFE.ENJOY LIFE TAKE IT EASY AND REMEMBER LIFE IS GREAT.SMALL MATTER AND MENTION THAT!
Pasrah
Khamis, 3 Jun 2010
Cinta&sahabat
Andainya ku diberi pilihan untuk memilih kedua-duanya
Akan ku pilih kedua-duanya
Kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku
Cinta
Suatu ungkapan yang belum pasti kan keindahannya
Kerana di sebalik keindahan itu
Tersirat seribu kepahitan
Pastinya merentap kedamaian jiwa
Seorang pencinta setia
Tatkala ikatan diundang kekecewaan
Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara di bibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan Ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal, beremosi, penyayang dan berperasaan
Persahabatan
Suatu ikatan yang lahir dari hati
Keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tawa, tangis, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat bicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini
Persahabatan yang murni dan suci
Adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sayang
Sekiranya ada gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan
Teman yang budiman
Mengertilah maksud ku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku
Sejarah perkenalan kita
Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah
Di laman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar kau sentiasa mengingati diriku.